CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG?

Kebiasaannya untuk ibu mengandung di dalam akal fikiran masing-masing mengatakan yang ketika sedang mengandung tidak boleh cabut gigi. Sekiranya ibu-ibu mengandung mengalami sakit gigi bagaimana? Hanya biarkan sahaja sampai mereka bersalin?

Secara logiknya ibu-ibu mengandung sebenarnya boleh menjalani rawatan mencabut gigi, cuma kesan daripada bius akan menyebabkan kesan yang kurang baik kepada kandungan.

JADU BOLEH ATAU TIDAK DAN WAKTU BILA ?

TIDAK DINASIHATKAN :
Ketika kehamilan pada bulan pertama hingga bulan ke 3. Ini kerana kandungan masih baru dan kesan daripada stress atau jangkitan yang tidak baik amat ditakuti terhadap kandungan.

BOLEH :
Ketika kehamilan pada bulan ke 4 hingga bulan ke 6 sahaja dan nasihat doktor amat penting untuk diikuti. Doktor tidak menggalakkan pembedahan yang berdarah pada gigi sewaktu kehamilan kerana kesannya yang tinggi pada kandungan.

Jikalau ibu-ibu mengandung mengalami kesakitan pada gigi dapatkan rawatan segera daripada klinik dan jangan biarkan ia melarat sehingga dijangkiti kuman. Doktor akan memberi penjelasan sebelum memulakan “Cabut Gigi”

Sekian,
Nurain Natasha

© Precise & Perfect PLT - Smileway Dental

For emergency cases        (+6) 0176509817