CARA PENJAGAAN GIGI PALSU
Gigi Palsu Juga harus dijaga kebersihanya untuk mengelak dari terjakitnya bakteria pada gigi palsu yang boleh menyebabkan penyakit kulat serta penyakit radang mukosa mulut ini boleh menjejaskan kesihatan gigi asli yang masih ada.

PENJAGAAN SELEPAS PAKAI GIGI PALSU
1-Bersihkan gigi palsu setiap hari dengan cara yang betul untuk membuang lapisan bakteria yang melekat pada gigi palsu terutama pada waktu malam sebelum tidur.

2-Pertama kali memakai gigi palsu juga akan terasa lain perkara ini adalah normal bagi anda yang pertama kali memakai gigi palsu.Anda memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu baru anda.

3-Gigi palsu tidak boleh direndam dengan mengunakan air panas kerana boleh menyebabkan kerosakan dan berubah bentuk pada gigi palsu.

4-Anda juga dinasihatkan memakan makanan yang lembut bagi permulaan yang memakai gigi palsu.

5-sebelum tidur anda hendaklah simpan gigi palsu dalam bekas tertutup dengan air yang bersih pada setiap malam.

Gigi palsu yang tidak dijaga dengan betul juga akan mengeluarkan bau dan berubah warna sekiranya dibiarkan berlarutan.Anda juga dinasihatkan jumpa dengan doktor setiap tahun untuk pemeriksaan gigi asli yang lain mulut pipi serta gusi bagi mengelakan penyakit pada gigi palsu anda.Smileway Dental Clinic USJ21 boleh membantu anda cara untuk penjagaan gigi palsu.

© Precise & Perfect PLT - Smileway Dental

For emergency cases        (+6) 0176509817