KENAPA PERLU CUCI GIGI
– Cuci gigi amat penting pada kita semua bagi tujuan membuang karang gigi dan plak yang melekat pada gigi dan juga membersih karat gigi yang ada pada gigi. Karat gigi juga terjadi dari kesan minum kopi, teh atau hisap rokok. Sebab itulah amat penting pada kita semua untuk cuci gigi 6 atau 8 bulan atau sekurangnya sekali setiap tahun untuk mendapat senyuman yang menarik.

KEADAAN SELEPAS CUCI GIGI
– Terdapat beberapa kesan selepas cuci gigi,gigi tegang dan rasa ngilu. Keadaan ini terjadi disebabkan akar gigi yang terbuka selepas cuci gigi kerana sebelum ini tertutup oleh karang gigi. Selepas cuci gigi mestilah menjaga kebersihan gigi agar tidak kembali terjadi karang gigi lagi.

KELEBIHAN SELEPAS CUCI GIGI
-Membersihkan karang gigi yang melekat pada bahagian belakang gigi yang agak susah untuk diberus mengunakan berus gigi. Biasanya sisa sisa makanan yang bercampur dengan air liur dan darah menjadi keras dan melekat pada gigi ini menyebabkan terjadinya karang gigi. Mengelak dari penyakit gusi dengan membuang karang gigi boleh menghindari dari gusi bengkak atau menjadi merah dan berdarah.ini terjadi disebabkan sisa makanan yang tidak dibersih dengan betul.

CARA PENJAGAAN GIGI SELEPAS CUCI GIGI
-Berus Gigi
-Chekup setiap 6-8 bulan setiap tahun
-Floss dua kali sehari pagi dan malam selepas makan
-Sebelum tidur gosok gigi
-Selepas minum kopi atau teh bilas dengan minum air suam

© Precise & Perfect PLT - Smileway Dental

For emergency cases        (+6) 0176509817