Berus gigi elektronik Keomax Sonic

By: Smileway Dental

Apa itu berus gigi elektronik Keomax Sonic?

Memberus gigi adalah rutin harian yang wajib dilakukan untuk menjaga gigi tidak kira dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua. Ini kerana memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Untuk mendapatkan gigi yang sihat dan putih kita haruslah memilih berus gigi yang betul dan sesuai.

Berus gigi elektronik Keomax Sonic merupakan berus gigi terkini yang dapat merawat dan membersih gigi agar gigi tetap kuat dan sihat. Berus gigi elektronik Sonic terbahagi kepada tiga iaitu berus gigi elektronik Keomax Series 3 Supersonic, Keomax Series 5 Hypersonic, dan Series 7 Powersonic. Berus gigi ini perlahan-lahan berus pada gigi dan gusi anda dan membantu menanggalkan plak secara berkesan. Berus gigi ini bukan hanya mampu membersih rapi, malahan boleh membantu individu yang mempunyai masalah gusi kritikal untuk mendapatkan rutin penjagaan gigi profesional secara ringkas.

Berus gigi Keomax Series 3 Supersonic dan Series 5 Hypersonic merupakan berus gigi yang dilengkapi tiga mod pembersihan mulut iaitu mod membersih, mod memutihkan, dan mod mengurut. Berus gigi ini membantu membersihkan gigi secara 7 kali lebih baik berbanding dengan berus gigi manual. Selain itu, ia juga membantu memutihkan gigi dan menguatkan gigi dalam masa dua minggu.

Berus gigi Keomax Series 7 Powersonic pula, dilengkapi lima mod pembersihan mulut muktamad terdiri daripada mod membersih (pembersihan menyeluruh dalam masa dua minit), mod memutihkan, mod menggosok, mod penjagaan gusi (meningkatkan kesihatan gusi), dan mod sensitif (untuk pembersihan lembut pada gusi). Kesan positif terhadap penggunaan berus gigi elektronik ini dapat dilihat dalam masa dua minggu.
Tidak seperti berus gigi elektronik yang lain, berus gigi elektonik Keomax Sonic menyediakan tindakan pembersihan yang boleh mencapai bahagian di celah-celah gigi, walaupun pada bahagian paling sulit dalam mulut.

Seperti yang disyorkan oleh para doktor dan pakar pergigian, berus gigi ini mempunyai aplikasi penentu masa yang boleh ditentukan untuk memberus gigi selama dua minit. Berus gigi Keomax Sonic ini boleh didapati di Smileway Dental Clinic USJ (Klinik Pergigian Smileway USJ) dengan harga yang berpatutan.

Antara kelebihan menggunakan berus gigi Keomax Sonic:
1. Mencegah gigi rosak
2. Ringan. Mudah dibawah kemana-mana sahaja
3. Menanggalkan kotoran dan memutihkan gigi
4. Harga yang berpatutan
5. Penggunaan bateri yang tahan lama dan mudah dicas
6. Kos penukaran kepala berus adalah murah
7. Pemasa automatik selama 2 minit

Share This article

[trustindex no-registration=google]

Know How

Dental Advice